Thursday, 6 April 2017

I Will Hard Rock You

  1. Dah menjadi kebiasaan selalunya kalau-kalau pergi ke mana-mana tempat menarik , sama ada melancong, lawatan sambil belajar atau berkursus di dalam atau luar negara mesti Hard Rock Cafe akan dikunjungi.
  2. Serata dunia ada Hard Rock, di Malaysia ada beberapa cawangan antaranya di Kuala Lumpur, Penang dan Melaka kepunyaan pemegang franchais cafe terkenal ni adalah Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir.
  3. Harga makanan dan minuman kat sini adalah berpatutan, malah harga coffee atau latte di Hard Rock adalah lebih murah dari Starbuck.
  4. Dari segi rasa makanan pula tak dapat nak cerita sebab memang tak pernah order pun dan selalunya kalau singgah pun minum coffee, jus atau beli barang2 jenama Hard Rock sahaja kat Rock Shop buat collection.
  5. Paling penting sekali adalah bergambar tanda kata dah sampai.kat bawah ni saya letakan la beberapa gambar kat Hard Rock yang dah sampai dan insyaAllah akan bertambah lagi koleksi gambar-gambar Hard Rock yang saya akan singgah di serata dunia di sini.

Hard Rock Cafe Bali, Indonesia
  

Hard Rock Cafe Penang, Malaysia


Hard Rock Cafe Phuket, Thailand

Hard Rock Cafe Niagara Fall, USA
Hard Rock Cafe Washinton DC, USA
Hard Rock Cafe New York, USA
Hard Rock Cafe Uyeno Eki, Japan
Hard Rock Cafe Osaka, Japan
Hard Rock Cafe Munich, Germany


Friday, 7 December 2012

USA : Part 1 - Niagara Falls




1.    Kali ni bercerita tentang Travellog saya pula jadi sudah tentulah salah satu wonder worlds pilihan saya. Saya kategorikan sebagai salah satu keajaiban alam yang antara tercantik di dunia.

2.    Kejadian alam ni berpunca disebabkan aliran air melalui sungai Niagara dari Tasik Erie ke Tasik Ontario.Keluasan kedua2 tasik tu amatlah besar bagaikan lautan yang luas sehinggakan tasik ni ada pantainya sendiri.Paling mengkagumkan kapal perang USS kelas Destroyer dapat parking kat dalam tasik ni.

3.   Terletak besempadanan antara US dan Canada.Sebenarnya Niagara ni terbahagi kepada dua separuh US punya manakala separuh lagi Canada punya.Bagi saya yang sebelah Canada lagi cantik.

4.      Sebelum Sept 11 dulu, tak ada masalah kalau hendak menyeberangi sempadan untuk ke Canada tanpa Visa, tapi sejak trajedi tu pihak berkuasa Canada memperketatkan kawalan kemasukan dan Visa.Jadi tak berbaloi la untuk buat Visa semata-mata nak singgah kejap di Canada.

5.    Cara nak kesana kalau dari New York kena ambik flight ke Buffalo city atau terus landing kat Niagara Airport.Ambil masa kira-kira 1 jam 45 minit dari New york City.

6.     Kalau dari Buffalo boleh saja drive sendiri kesana yang jaraknya lebih kurang 27km.Tak sampai setengah jam dah pun sampai.Sampai sana ada parking tanpa had masa antara 5 hingga 10 dollar dan akan naik harga ikut permintaan.Nak senang boleh park berdekatan dengan Niagafalls Center tempat jualan cenderahati.Nasib la masa tu datang awal dapat la parking fee USD5 aja.Tak sampai  15 minit lepas tu harga meningkat sehingga USD15.

7.   Di sekeliling Niagara Falls ada garden yang cantik dan dapat lihat sungai Niagara yang sangat jernih airnya.Masuk adalah percuma. Kat dalam garden tu ada muzium Niagara yang cerita pasal sejarah Niagara, Ada wayang, ada Café dan tempat beli souvenir.

8.    Kalau sampai adalah tidak sah kalau tak naik Maid Of The Mist. Satu perkhidmatan kapal wap terkenal sejak tahun 1846 yang membawa pelancong merasai kesejukan air terjun Niagara.

9.      Mulanya ingat macam dah tak berpeluang la saya nak naik Maid Of The Mist ni sebab sebelum ke sana ada terbaca atikel pasal MOTM ni sudah tak dapat tender perkhidmatan  lagi sebab kalah kepada pesaing terdekat mereka syarikat perkhidmatan Kapal wap dari Canada.Sampai ja di sana Alhamdulilah, kapal wap paling lagend kat dunia ni masih lagi berkhidmat.

10. Dengan tambang USD 15/person anda akan mendapat percuma sekeping baju hujan pakai buang berwarna biru.Kena la pakai sebelum bertolak takut basah bila bot betul-betul dekat air terjun tu walaupun sebenarnya confirm pakaian anda akan basah jugak nanti, tapi jangan risau, dengan cuaca kat sana, tak sampai 1 jam.. pakaian anda dah pun kering.

11.  Sebelum balik tu singgah kat Maid Of The Mist souvenir center untuk beli seketul dua Fridge Magnet dan juga singgah kat HardRock Café Niagarafalls untuk beli T-shirt. Masa kat Hardrock tu terserempak dengan satu group orang Melayu.Best dapat jumpa orang Melayu kat sana.Pecaya lah, walaupun di tempat orang tu memang kita dapat cam itu adalah orang Melayu hahaha..Layan gambar2 dibawah ni.

Kapal Legend

Model Baju Hujan Maid Of The Mist


Jalan nak ke Niagara Falls

Niagara Garden



Sunday, 26 February 2012

Kayuhan Putrajaya

1.     Ni aktiviti terbaru team GP1.Oppp…sebenarnya aktiviti terbaru yang disertai oleh saya untuk tahun ini huhuuhu..Ada banyak aktiviti  GP1 yang dibuat tak dapat join, antaranya Kenyir The Return, Ekpedisi Gunung Nuang, Aktiviti Makan Durian, Kayuhan Felda, kayuhan Radio Amatur, XPDC Taman Negara, tawan puncak Kinabalu dan banyak lagi.
2.   Sebenarnya join pun sebab dekat putrajaya saja disamping nak uji basikal baru saya.Jenis MTB berjenama Specialized.
3.    Kayuhan Putrajaya ni adalah jarak 35 kilometer.Kategori ‘light’ dalam istilah kami adalah kayuhan santai dan bukan bersifat pertandingan.Kayuhan Onroad dan hanya sedikit Offroad.
4.     Seramai 3072 orang perserta menyertai kayuhan ini.Mencatat rekod baru dalam Malaysia Book Of Record.Pelbagai jenis basikal turut serta, pelbagai bangsa dan umur serta jantina, ada yang bawak baby lagi.
5.      Sebelum tu di Putrajaya ada Kayuhan Mega Hot FM, juga disertai lebih 1500++ rider.Satu fenomena baru rakyat Malaysia.Jadi dah terbukti bukan kami saja2 syok sendiri kayuh basikal.Jadi sesiapa yang teringin nak join silalah beli basikal, memang tak rugi disamping dapat exercise.

Pimp My Ride

Sesak semasa pendaftaran
Ntah ni kat check point yang ke berapa


Family riadah




Tuesday, 1 November 2011

Kayuhan Kuale Jamboree




1.      Sudah lama tak bercerita tentang aktiviti Outdoor.Kali ni nak bercerita tentang satu lagi aktiviti utama team adventure GP1.Selain memancing dan bercamping serta memanjat gunung, Group kami juga mengadakan aktiviti berbasikal Mountain Bike (MTB).
2.      Aktiviti pertandingan berbasikal MTB digelar Jamboree.Bagi menyertai Jamboree adalah terbuka kepada semua orang tak kira tua muda, lelaki perempuan, warganegara atau pelancong dimana setiap perserta akan dikelaskan pertandingan mengikut kategori masing2 sama ada kategori terbuka, wanita, veteran atau kanak-kanak.Yuran penyertaan biasanya adalah sebanyak RM50 seorang.Track pertandingan adalah berbeza mengikut kawasan yang dianjurkan,dan anggaran kebiasaan jarak perjalanan track adalah antara 35-50km.Lagi mencabar track pertandingan lagi menarik.Ada pertandingan diajurkan pada sebelah malam digelar Jamboree Burung Hantu.
3.      Sebenarnya sudah banyak group GP1 menyertai aktiviti ini, antaranya Jamboree UKM, Jamboree Burung Hantu Melaka, Jamboree Felda dan sebagainya tapi kebanyakannya adalah tidak berkesempatan untuk saya menyertai disebabkan kengkangan masa.
4.      Kayuhan Kuale Jamboree saja yang berkesempatan saya sertai yang diadakan di Kuala Kangsar Perak.Dengan bayaran sebanyak Rm50 seorang dan cabaran track sejauh 45km, seramai 16 orang riders dari GP1 menyertai aktiviti sihat ini.Kami bertolak dan bermalam di sana dengan menyewa sebuah homestay.Bayaran homestay  Cuma  rm 150 sahaja dah boleh dapat sebuah rumah semi D setingkat, kat KL mana mau cari harga mcm ni.
5.      Jamboree Kuale memang mendapat sambutan hangat dengan reputasi yang dibawa dari tahun lepas sebagai antara track yang terbaik.Tak hairan la ada banyak penaja dan disertai lebih 2300 orang riders dari serata Negara.
6.      Tetapi malangnya bagi riders sekalian pada tahun ini penganjuran adalah yang paling teruk dalam sejarah sukan Jamboree.Rata2 peserta tidak berpuas hati dan kecewa dengan pihak pengajur kali ini.Antara kelemahan yang ketara adalah
i)    Pelepasan mula yang agak kucar kacir dan merbahaya terutama semasa berhampiran istana.Banyak pelangaran belaku.
ii)        Urusetia tak cukup kaki tangan untuk tunjuk arah simpang menyebabkan ada yang tersesat masuk kampong orang.
iii)            Air dan makanan tidak mencukupi.Kering tekak beb.
iv)            Stiker Check point tak cukup.
v)             Pembahagian no giliran tak betul, riders chiken loop pun dapat nombor terawal.
vi)       Keselamatan track, ada dikalangan perserta kena sengat tebuan, termasuk la seorang ahli GP1.Bantuan medic lambat sampai.
7.      Tapi bagi raiders GP1, kelemahan tersebut diharungi juga walaupun perit dan tidak menjejaskan minat masing2 dalam sukan berbasikal ini.

GP1 Riders
Pelepasan yang agak huru-hara
Wahid Senario pun turut serta
Yeayy..dah sampai..berjaya kayuh 40km

Hasil penat lelah


Saturday, 25 December 2010

Memancing di Pulau 9

1. Pada hari Natal baru ni, Geng Pantry (GP1) telah mencuba menuai hasil di perairan Pulau 9 berhampiran Pangkor, Lumut Perak.Aktiviti ni merupakan penutup tirai untuk Geng kami pada tahun 2010.

2. Pada mulanya aktiviti ni akan disertai oleh 8 orang tapi atas sebab masalah yang tak dapat dielakan maka yang tinggal hanyalah kami berenam sahaja.

3. Bertolak pada 25hb Dec jam 1 pagi dengan menaiki kereta sahabat dari kepong dan berjumpa di R&R Rawang dengan rakan2 yang lain.Kemudian baru berkonvoi dengan 2 bijik kereta ke Jeti Lumut.

4. Sampai jam 6.00 pagi di jeti sambil menuggu bot class A dilayari oleh tekong Pak Amin berserta seorang awak2.Selepas saja solat subuh kira2 6.30 pagi & ngam2 bot pun sampai untuk terus bertolak ke pulau 9.

5. Kira2 awal pagi yang hening jam 8 pagi maka bot sampai di perairan pulau sembilan dengan berumpankan ikan bilis kami menguji perairan destinasi pertama kami .Hasilnya tangkapan pertama oleh sahabat kami Ajak dengan menaikkan ikan cencaru makan pagi sebesar tapak tangan.

6. Dengan keadaan cuaca yang baik di pagi hari bot melayari destinasi dari pulau ke pulau dari tukun ke tukun dari lubuk ke lubuk di sekitar pulau –pulau yang berjumlah 9 buah tu.

7. Kredit kami bagi pada awak2 yang sangat rajin sama class dengan bot class A tu.Siap buat perambut, cari umpan, pasang umpan, bukak mata kail & masak.Tip top punya service.

8. Sampai saja di satu lubuk bermulanya petarungan & beradu kekuatan dengan ikan talang.Di situ saja semua dari kami berjaya menaikkan ikan Talang.Ikan Talang ni biasanya orang buat ikan kering.Tapi awak2 pada hari tu masak buat kari ikan Talang, memang sedap.Buat masak merah pun sedap juga, thanks ya pada siapa yang masak tu.;-)

9. Hujan turun dengan lebatnya pada waktu petang, bot terpaksa berlindung di sebalik pulau untuk mengelakan dari ombak kuat.Lepas saja hujan berhenti kami berjaya pujuk tekong untuk berlaboh di salah satu pulau yang ada anak sungai.Disitu la kami terserempak dengan biawak sebesar buaya.

10. Pada sebelah malamnya tangkapan kureng sikit, masing2 decide untuk tido ja.Tak tau la pasai apa ikan tak mo makan umpan malam tu.

11. Esoknya kira-kira tengahari kami bertolak balik ke Jeti.berbaloi juga la tangkapan kami di Pulau Sembilan tu walaupun tak seberapa.Antara hasilnya adalah Talang, Kerapu, Cencaru, GT dan lain2 serta tak lupa juga Yu Bodoh(YB).


Ikan Talang

                                                                                                   
Ikan Sembilang laut



Sunday, 14 November 2010

Kumpau di Empangan Batu



1. Kumpau – satu istilah yang paling tak berkenan oleh para pemancing.Merujuk kepada hari tak ada ong untuk dapat ikan.

2. Pada hari ni kami GP1 mengadakan mini family day di Empangan Batu, berkelah, BBQ, memasak dan memancing.Bezanya kali ni, boleh bawa keluarga bersama.

3. Saya, nazri, halimi, syarir dan zaki adalah group single, yang lain bawa keluarga masing².Seramai 25 orang termasuk kanak2 bersantai di Empangan batu hulu Yam bermula dari jam 9 pagi sampai 2 petang.

4. Pada hari kejadian ntah macam mana saya boleh tersesat jauh sampai ke Rawang, dah la sebelum tu hampir di saman speed trap dengan Polis trafik. Nasib baik la atas dasar timbang rasa datuk polisi (mungkin sebab kesian nak raya) maka tak la dia nak menyaman kalau tak RM300 terbang hari tu.

5. Saya memang kurang arif dengan kawasan daerah tu, memang pernah kesana kenduri sahabat saya, tu pun 5 tahun lepas, memang betul2 tak ingat jalan.Ada dekat 5 orang saya bertanya orang arah nak ke sana.kalau kebiasaan nya dulu kalau tersesat memang saya akan bertanya dan malangnya juga orang yang saya bertanya tu adalah warga Bangladesh dan Indonesia.Selalu jadi macam tu, heran sungguh.Tapi kali ni statistik tu dah berkurang, dari 5 orang yang saya tanya (termasuk budak sekolah) hanya 1 orang darinya adalah Indon.

6. Akhirnya hampir tengahari saya sampai di Empangan Batu.Makanan Breakfast yang saya patut bawa hari tu dah jadi makanan tengahari.Sampai saja saya terus tolong masak dan ber BBQ.Memang tak keluarkan rod pun.sebab tengok rakan2 yang datang awal dah kena kumpau.

7. Lepas makan masing² bawa keluarga pi mandi di sungai Hulu Yam.Saya pula terus balik rumah.

Friday, 23 July 2010

Kenyir Part I: Komplot Geng Pantry




1. Geng pantry diasaskan oleh para pengemar aktiviti outdoor.Oleh kerana kebanyakan ahlinya adalah  satu office dari mereka-mereka yang suka lepak kat pantry tingkat satu, termasuk la aku, maka team kami dinamakan sebagai Geng Pantry (GP1).Segala aktiviti dan perancangan kami bermula dari pantry tu ler.

2. Sebenarnya banyak komplot aktiviti yang dibuat oleh kami, antaranya memanjat Bukit Broga, Kuala Lumpur, memanjat Gunung Dato di Negeri sembilan, Memancing di Pekan, Pahang.Memancing di Kemaman dan sebagainya.Tapi kali ni kita akan bercerita berkenaan aktiviti di Kenyir yang lain kemudian yer.

3. Trip bermula pada 23-25 Julai, yang terdiri dari 11 orang pemancing, yang diketuai oleh Ujang dan cdiujang (azmi).konvoi kami sebanyak 3 buah kereta bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 1 pagi dan mengambil masa 6 jam untuk sampai di Jeti kenyir.Seterusnya dengan menaiki bot HouseTKP169 (bot Bern) kami meluncur laju selama 3 jam lagi ke kuala sungai terengan.Lubuk lumayan, penggemar sukan memancing.

4. 23 Julai, Jumaat: Sampai di Kuala sungai terengan pun dah tenggahhari.maka bermulalah aktiviti memancing.Pada sebelah petangnya pula Azmi ajak aku p casting dengan menaiki bot laju.manakala Ajak (atukmd) pula ikut Ujang.Lama jugak kami casting, dekat dua jam sampai senja,hampeh tak dapat ikan pun, ingat ka atukmd & ujang dah balik, rupa2nya diorg tak balik2 lagi, dah la atukmd tukang masak kita orang, habih kebulur semua orang malam tu.Terpaksala sani ambik alih jadi tukang masak malam tu.

5. Aktiviti memancing diteruskan di atas bot house, Nise adik kepada En Awi (bos kitaorang selaku penasihat kepada kelab pantry) dapat sekor ikan Belida yang besar seberat 3kg.Malam tu diorg teruskan memancing, sampai pagi, aku tido awal sebab dah tak larat sangat maklumla aku yang drive dari kl sampai Terengganu.Banyak ikan Baung diorang dapat malam tu.

6. Laporan hari yang berikutnya nantikan dalam episod yang seterusnya Kenyir Part II: Di sergah Harimau.