1. Kali ni bercerita tentang Travellog saya pula jadi sudah tentulah salah satu wonder worlds pilihan saya. Saya kategorikan sebagai salah satu keajaiban alam yang antara tercantik di dunia.
2. Kejadian alam ni berpunca disebabkan aliran air melalui sungai Niagara dari Tasik Erie ke Tasik Ontario.Keluasan kedua2 tasik tu amatlah besar bagaikan lautan yang luas sehinggakan tasik ni ada pantainya sendiri.Paling mengkagumkan kapal perang USS kelas Destroyer dapat parking kat dalam tasik ni.
3. Terletak besempadanan antara US dan Canada.Sebenarnya Niagara ni terbahagi kepada dua separuh US punya manakala separuh lagi Canada punya.Bagi saya yang sebelah Canada lagi cantik.
4. Sebelum Sept 11 dulu, tak ada masalah kalau hendak menyeberangi sempadan untuk ke Canada tanpa Visa, tapi sejak trajedi tu pihak berkuasa Canada memperketatkan kawalan kemasukan dan Visa.Jadi tak berbaloi la untuk buat Visa semata-mata nak singgah kejap di Canada.
5. Cara nak kesana kalau dari New York kena ambik flight ke Buffalo city atau terus landing kat Niagara Airport.Ambil masa kira-kira 1 jam 45 minit dari New york City.
6. Kalau dari Buffalo boleh saja drive sendiri kesana yang jaraknya lebih kurang 27km.Tak sampai setengah jam dah pun sampai.Sampai sana ada parking tanpa had masa antara 5 hingga 10 dollar dan akan naik harga ikut permintaan.Nak senang boleh park berdekatan dengan Niagafalls Center tempat jualan cenderahati.Nasib la masa tu datang awal dapat la parking fee USD5 aja.Tak sampai 15 minit lepas tu harga meningkat sehingga USD15.
7. Di sekeliling Niagara Falls ada garden yang cantik dan dapat lihat sungai Niagara yang sangat jernih airnya.Masuk adalah percuma. Kat dalam garden tu ada muzium Niagara yang cerita pasal sejarah Niagara, Ada wayang, ada Café dan tempat beli souvenir.
8. Kalau sampai adalah tidak sah kalau tak naik Maid Of The Mist. Satu perkhidmatan kapal wap terkenal sejak tahun 1846 yang membawa pelancong merasai kesejukan air terjun Niagara.
9. Mulanya ingat macam dah tak berpeluang la saya nak naik Maid Of The Mist ni sebab sebelum ke sana ada terbaca atikel pasal MOTM ni sudah tak dapat tender perkhidmatan lagi sebab kalah kepada pesaing terdekat mereka syarikat perkhidmatan Kapal wap dari Canada.Sampai ja di sana Alhamdulilah, kapal wap paling lagend kat dunia ni masih lagi berkhidmat.
10. Dengan tambang USD 15/person anda akan mendapat percuma sekeping baju hujan pakai buang berwarna biru.Kena la pakai sebelum bertolak takut basah bila bot betul-betul dekat air terjun tu walaupun sebenarnya confirm pakaian anda akan basah jugak nanti, tapi jangan risau, dengan cuaca kat sana, tak sampai 1 jam.. pakaian anda dah pun kering.
11. Sebelum balik tu singgah kat Maid Of The Mist souvenir center untuk beli seketul dua Fridge Magnet dan juga singgah kat HardRock Café Niagarafalls untuk beli T-shirt. Masa kat Hardrock tu terserempak dengan satu group orang Melayu.Best dapat jumpa orang Melayu kat sana.Pecaya lah, walaupun di tempat orang tu memang kita dapat cam itu adalah orang Melayu hahaha..Layan gambar2 dibawah ni.
Kapal Legend |
Model Baju Hujan Maid Of The Mist |
Jalan nak ke Niagara Falls |
Niagara Garden |
No comments:
Post a Comment