Dah menjadi kebiasaan selalunya kalau-kalau pergi ke mana-mana tempat menarik , sama ada melancong, lawatan sambil belajar atau berkursus di dalam atau luar negara mesti Hard Rock Cafe akan dikunjungi.
Serata dunia ada Hard Rock, di Malaysia ada beberapa cawangan antaranya di Kuala Lumpur, Penang dan Melaka kepunyaan pemegang franchais cafe terkenal ni adalah Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir.
Harga makanan dan minuman kat sini adalah berpatutan, malah harga coffee atau latte di Hard Rock adalah lebih murah dari Starbuck.
Dari segi rasa makanan pula tak dapat nak cerita sebab memang tak pernah order pun dan selalunya kalau singgah pun minum coffee, jus atau beli barang2 jenama Hard Rock sahaja kat Rock Shop buat collection.
Paling penting sekali adalah bergambar tanda kata dah sampai.kat bawah ni saya letakan la beberapa gambar kat Hard Rock yang dah sampai dan insyaAllah akan bertambah lagi koleksi gambar-gambar Hard Rock yang saya akan singgah di serata dunia di sini.
No comments:
Post a Comment