Saturday, 25 December 2010

Memancing di Pulau 9

1. Pada hari Natal baru ni, Geng Pantry (GP1) telah mencuba menuai hasil di perairan Pulau 9 berhampiran Pangkor, Lumut Perak.Aktiviti ni merupakan penutup tirai untuk Geng kami pada tahun 2010.

2. Pada mulanya aktiviti ni akan disertai oleh 8 orang tapi atas sebab masalah yang tak dapat dielakan maka yang tinggal hanyalah kami berenam sahaja.

3. Bertolak pada 25hb Dec jam 1 pagi dengan menaiki kereta sahabat dari kepong dan berjumpa di R&R Rawang dengan rakan2 yang lain.Kemudian baru berkonvoi dengan 2 bijik kereta ke Jeti Lumut.

4. Sampai jam 6.00 pagi di jeti sambil menuggu bot class A dilayari oleh tekong Pak Amin berserta seorang awak2.Selepas saja solat subuh kira2 6.30 pagi & ngam2 bot pun sampai untuk terus bertolak ke pulau 9.

5. Kira2 awal pagi yang hening jam 8 pagi maka bot sampai di perairan pulau sembilan dengan berumpankan ikan bilis kami menguji perairan destinasi pertama kami .Hasilnya tangkapan pertama oleh sahabat kami Ajak dengan menaikkan ikan cencaru makan pagi sebesar tapak tangan.

6. Dengan keadaan cuaca yang baik di pagi hari bot melayari destinasi dari pulau ke pulau dari tukun ke tukun dari lubuk ke lubuk di sekitar pulau –pulau yang berjumlah 9 buah tu.

7. Kredit kami bagi pada awak2 yang sangat rajin sama class dengan bot class A tu.Siap buat perambut, cari umpan, pasang umpan, bukak mata kail & masak.Tip top punya service.

8. Sampai saja di satu lubuk bermulanya petarungan & beradu kekuatan dengan ikan talang.Di situ saja semua dari kami berjaya menaikkan ikan Talang.Ikan Talang ni biasanya orang buat ikan kering.Tapi awak2 pada hari tu masak buat kari ikan Talang, memang sedap.Buat masak merah pun sedap juga, thanks ya pada siapa yang masak tu.;-)

9. Hujan turun dengan lebatnya pada waktu petang, bot terpaksa berlindung di sebalik pulau untuk mengelakan dari ombak kuat.Lepas saja hujan berhenti kami berjaya pujuk tekong untuk berlaboh di salah satu pulau yang ada anak sungai.Disitu la kami terserempak dengan biawak sebesar buaya.

10. Pada sebelah malamnya tangkapan kureng sikit, masing2 decide untuk tido ja.Tak tau la pasai apa ikan tak mo makan umpan malam tu.

11. Esoknya kira-kira tengahari kami bertolak balik ke Jeti.berbaloi juga la tangkapan kami di Pulau Sembilan tu walaupun tak seberapa.Antara hasilnya adalah Talang, Kerapu, Cencaru, GT dan lain2 serta tak lupa juga Yu Bodoh(YB).


Ikan Talang

                                                                                                   
Ikan Sembilang laut



No comments:

Post a Comment