1. Geng pantry diasaskan oleh para pengemar aktiviti outdoor.Oleh kerana kebanyakan ahlinya adalah satu office dari mereka-mereka yang suka lepak kat pantry tingkat satu, termasuk la aku, maka team kami dinamakan sebagai Geng Pantry (GP1).Segala aktiviti dan perancangan kami bermula dari pantry tu ler.
2. Sebenarnya banyak komplot aktiviti yang dibuat oleh kami, antaranya memanjat Bukit Broga, Kuala Lumpur, memanjat Gunung Dato di Negeri sembilan, Memancing di Pekan, Pahang.Memancing di Kemaman dan sebagainya.Tapi kali ni kita akan bercerita berkenaan aktiviti di Kenyir yang lain kemudian yer.
3. Trip bermula pada 23-25 Julai, yang terdiri dari 11 orang pemancing, yang diketuai oleh Ujang dan cdiujang (azmi).konvoi kami sebanyak 3 buah kereta bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 1 pagi dan mengambil masa 6 jam untuk sampai di Jeti kenyir.Seterusnya dengan menaiki bot HouseTKP169 (bot Bern) kami meluncur laju selama 3 jam lagi ke kuala sungai terengan.Lubuk lumayan, penggemar sukan memancing.
4. 23 Julai, Jumaat: Sampai di Kuala sungai terengan pun dah tenggahhari.maka bermulalah aktiviti memancing.Pada sebelah petangnya pula Azmi ajak aku p casting dengan menaiki bot laju.manakala Ajak (atukmd) pula ikut Ujang.Lama jugak kami casting, dekat dua jam sampai senja,hampeh tak dapat ikan pun, ingat ka atukmd & ujang dah balik, rupa2nya diorg tak balik2 lagi, dah la atukmd tukang masak kita orang, habih kebulur semua orang malam tu.Terpaksala sani ambik alih jadi tukang masak malam tu.
5. Aktiviti memancing diteruskan di atas bot house, Nise adik kepada En Awi (bos kitaorang selaku penasihat kepada kelab pantry) dapat sekor ikan Belida yang besar seberat 3kg.Malam tu diorg teruskan memancing, sampai pagi, aku tido awal sebab dah tak larat sangat maklumla aku yang drive dari kl sampai Terengganu.Banyak ikan Baung diorang dapat malam tu.
6. Laporan hari yang berikutnya nantikan dalam episod yang seterusnya Kenyir Part II: Di sergah Harimau.
No comments:
Post a Comment