1. Pada hari Natal baru ni, Geng Pantry (GP1) telah mencuba menuai hasil di perairan Pulau 9 berhampiran Pangkor, Lumut Perak.Aktiviti ni merupakan penutup tirai untuk Geng kami pada tahun 2010.
2. Pada mulanya aktiviti ni akan disertai oleh 8 orang tapi atas sebab masalah yang tak dapat dielakan maka yang tinggal hanyalah kami berenam sahaja.
3. Bertolak pada 25hb Dec jam 1 pagi dengan menaiki kereta sahabat dari kepong dan berjumpa di R&R Rawang dengan rakan2 yang lain.Kemudian baru berkonvoi dengan 2 bijik kereta ke Jeti Lumut.
4. Sampai jam 6.00 pagi di jeti sambil menuggu bot class A dilayari oleh tekong Pak Amin berserta seorang awak2.Selepas saja solat subuh kira2 6.30 pagi & ngam2 bot pun sampai untuk terus bertolak ke pulau 9.
5. Kira2 awal pagi yang hening jam 8 pagi maka bot sampai di perairan pulau sembilan dengan berumpankan ikan bilis kami menguji perairan destinasi pertama kami .Hasilnya tangkapan pertama oleh sahabat kami Ajak dengan menaikkan ikan cencaru makan pagi sebesar tapak tangan.
6. Dengan keadaan cuaca yang baik di pagi hari bot melayari destinasi dari pulau ke pulau dari tukun ke tukun dari lubuk ke lubuk di sekitar pulau –pulau yang berjumlah 9 buah tu.
7. Kredit kami bagi pada awak2 yang sangat rajin sama class dengan bot class A tu.Siap buat perambut, cari umpan, pasang umpan, bukak mata kail & masak.Tip top punya service.
8. Sampai saja di satu lubuk bermulanya petarungan & beradu kekuatan dengan ikan talang.Di situ saja semua dari kami berjaya menaikkan ikan Talang.Ikan Talang ni biasanya orang buat ikan kering.Tapi awak2 pada hari tu masak buat kari ikan Talang, memang sedap.Buat masak merah pun sedap juga, thanks ya pada siapa yang masak tu.;-)
9. Hujan turun dengan lebatnya pada waktu petang, bot terpaksa berlindung di sebalik pulau untuk mengelakan dari ombak kuat.Lepas saja hujan berhenti kami berjaya pujuk tekong untuk berlaboh di salah satu pulau yang ada anak sungai.Disitu la kami terserempak dengan biawak sebesar buaya.
10. Pada sebelah malamnya tangkapan kureng sikit, masing2 decide untuk tido ja.Tak tau la pasai apa ikan tak mo makan umpan malam tu.
11. Esoknya kira-kira tengahari kami bertolak balik ke Jeti.berbaloi juga la tangkapan kami di Pulau Sembilan tu walaupun tak seberapa.Antara hasilnya adalah Talang, Kerapu, Cencaru, GT dan lain2 serta tak lupa juga Yu Bodoh(YB).
 |
Ikan Talang |
 |
Ikan Sembilang laut |
1. Kumpau – satu istilah yang paling tak berkenan oleh para pemancing.Merujuk kepada hari tak ada ong untuk dapat ikan.
2. Pada hari ni kami GP1 mengadakan mini family day di Empangan Batu, berkelah, BBQ, memasak dan memancing.Bezanya kali ni, boleh bawa keluarga bersama.
3. Saya, nazri, halimi, syarir dan zaki adalah group single, yang lain bawa keluarga masing².Seramai 25 orang termasuk kanak2 bersantai di Empangan batu hulu Yam bermula dari jam 9 pagi sampai 2 petang.
4. Pada hari kejadian ntah macam mana saya boleh tersesat jauh sampai ke Rawang, dah la sebelum tu hampir di saman speed trap dengan Polis trafik. Nasib baik la atas dasar timbang rasa datuk polisi (mungkin sebab kesian nak raya) maka tak la dia nak menyaman kalau tak RM300 terbang hari tu.
5. Saya memang kurang arif dengan kawasan daerah tu, memang pernah kesana kenduri sahabat saya, tu pun 5 tahun lepas, memang betul2 tak ingat jalan.Ada dekat 5 orang saya bertanya orang arah nak ke sana.kalau kebiasaan nya dulu kalau tersesat memang saya akan bertanya dan malangnya juga orang yang saya bertanya tu adalah warga Bangladesh dan Indonesia.Selalu jadi macam tu, heran sungguh.Tapi kali ni statistik tu dah berkurang, dari 5 orang yang saya tanya (termasuk budak sekolah) hanya 1 orang darinya adalah Indon.
6. Akhirnya hampir tengahari saya sampai di Empangan Batu.Makanan Breakfast yang saya patut bawa hari tu dah jadi makanan tengahari.Sampai saja saya terus tolong masak dan ber BBQ.Memang tak keluarkan rod pun.sebab tengok rakan2 yang datang awal dah kena kumpau.
7. Lepas makan masing² bawa keluarga pi mandi di sungai Hulu Yam.Saya pula terus balik rumah.
1. Geng pantry diasaskan oleh para pengemar aktiviti outdoor.Oleh kerana kebanyakan ahlinya adalah satu office dari mereka-mereka yang suka lepak kat pantry tingkat satu, termasuk la aku, maka team kami dinamakan sebagai Geng Pantry (GP1).Segala aktiviti dan perancangan kami bermula dari pantry tu ler.2. Sebenarnya banyak komplot aktiviti yang dibuat oleh kami, antaranya memanjat Bukit Broga, Kuala Lumpur, memanjat Gunung Dato di Negeri sembilan, Memancing di Pekan, Pahang.Memancing di Kemaman dan sebagainya.Tapi kali ni kita akan bercerita berkenaan aktiviti di Kenyir yang lain kemudian yer.3. Trip bermula pada 23-25 Julai, yang terdiri dari 11 orang pemancing, yang diketuai oleh Ujang dan cdiujang (azmi).konvoi kami sebanyak 3 buah kereta bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 1 pagi dan mengambil masa 6 jam untuk sampai di Jeti kenyir.Seterusnya dengan menaiki bot HouseTKP169 (bot Bern) kami meluncur laju selama 3 jam lagi ke kuala sungai terengan.Lubuk lumayan, penggemar sukan memancing.4. 23 Julai, Jumaat: Sampai di Kuala sungai terengan pun dah tenggahhari.maka bermulalah aktiviti memancing.Pada sebelah petangnya pula Azmi ajak aku p casting dengan menaiki bot laju.manakala Ajak (atukmd) pula ikut Ujang.Lama jugak kami casting, dekat dua jam sampai senja,hampeh tak dapat ikan pun, ingat ka atukmd & ujang dah balik, rupa2nya diorg tak balik2 lagi, dah la atukmd tukang masak kita orang, habih kebulur semua orang malam tu.Terpaksala sani ambik alih jadi tukang masak malam tu.5. Aktiviti memancing diteruskan di atas bot house, Nise adik kepada En Awi (bos kitaorang selaku penasihat kepada kelab pantry) dapat sekor ikan Belida yang besar seberat 3kg.Malam tu diorg teruskan memancing, sampai pagi, aku tido awal sebab dah tak larat sangat maklumla aku yang drive dari kl sampai Terengganu.Banyak ikan Baung diorang dapat malam tu.6. Laporan hari yang berikutnya nantikan dalam episod yang seterusnya Kenyir Part II: Di sergah Harimau.