Friday, 7 December 2012

USA : Part 1 - Niagara Falls




1.    Kali ni bercerita tentang Travellog saya pula jadi sudah tentulah salah satu wonder worlds pilihan saya. Saya kategorikan sebagai salah satu keajaiban alam yang antara tercantik di dunia.

2.    Kejadian alam ni berpunca disebabkan aliran air melalui sungai Niagara dari Tasik Erie ke Tasik Ontario.Keluasan kedua2 tasik tu amatlah besar bagaikan lautan yang luas sehinggakan tasik ni ada pantainya sendiri.Paling mengkagumkan kapal perang USS kelas Destroyer dapat parking kat dalam tasik ni.

3.   Terletak besempadanan antara US dan Canada.Sebenarnya Niagara ni terbahagi kepada dua separuh US punya manakala separuh lagi Canada punya.Bagi saya yang sebelah Canada lagi cantik.

4.      Sebelum Sept 11 dulu, tak ada masalah kalau hendak menyeberangi sempadan untuk ke Canada tanpa Visa, tapi sejak trajedi tu pihak berkuasa Canada memperketatkan kawalan kemasukan dan Visa.Jadi tak berbaloi la untuk buat Visa semata-mata nak singgah kejap di Canada.

5.    Cara nak kesana kalau dari New York kena ambik flight ke Buffalo city atau terus landing kat Niagara Airport.Ambil masa kira-kira 1 jam 45 minit dari New york City.

6.     Kalau dari Buffalo boleh saja drive sendiri kesana yang jaraknya lebih kurang 27km.Tak sampai setengah jam dah pun sampai.Sampai sana ada parking tanpa had masa antara 5 hingga 10 dollar dan akan naik harga ikut permintaan.Nak senang boleh park berdekatan dengan Niagafalls Center tempat jualan cenderahati.Nasib la masa tu datang awal dapat la parking fee USD5 aja.Tak sampai  15 minit lepas tu harga meningkat sehingga USD15.

7.   Di sekeliling Niagara Falls ada garden yang cantik dan dapat lihat sungai Niagara yang sangat jernih airnya.Masuk adalah percuma. Kat dalam garden tu ada muzium Niagara yang cerita pasal sejarah Niagara, Ada wayang, ada Café dan tempat beli souvenir.

8.    Kalau sampai adalah tidak sah kalau tak naik Maid Of The Mist. Satu perkhidmatan kapal wap terkenal sejak tahun 1846 yang membawa pelancong merasai kesejukan air terjun Niagara.

9.      Mulanya ingat macam dah tak berpeluang la saya nak naik Maid Of The Mist ni sebab sebelum ke sana ada terbaca atikel pasal MOTM ni sudah tak dapat tender perkhidmatan  lagi sebab kalah kepada pesaing terdekat mereka syarikat perkhidmatan Kapal wap dari Canada.Sampai ja di sana Alhamdulilah, kapal wap paling lagend kat dunia ni masih lagi berkhidmat.

10. Dengan tambang USD 15/person anda akan mendapat percuma sekeping baju hujan pakai buang berwarna biru.Kena la pakai sebelum bertolak takut basah bila bot betul-betul dekat air terjun tu walaupun sebenarnya confirm pakaian anda akan basah jugak nanti, tapi jangan risau, dengan cuaca kat sana, tak sampai 1 jam.. pakaian anda dah pun kering.

11.  Sebelum balik tu singgah kat Maid Of The Mist souvenir center untuk beli seketul dua Fridge Magnet dan juga singgah kat HardRock Café Niagarafalls untuk beli T-shirt. Masa kat Hardrock tu terserempak dengan satu group orang Melayu.Best dapat jumpa orang Melayu kat sana.Pecaya lah, walaupun di tempat orang tu memang kita dapat cam itu adalah orang Melayu hahaha..Layan gambar2 dibawah ni.

Kapal Legend

Model Baju Hujan Maid Of The Mist


Jalan nak ke Niagara Falls

Niagara Garden



Sunday, 26 February 2012

Kayuhan Putrajaya

1.     Ni aktiviti terbaru team GP1.Oppp…sebenarnya aktiviti terbaru yang disertai oleh saya untuk tahun ini huhuuhu..Ada banyak aktiviti  GP1 yang dibuat tak dapat join, antaranya Kenyir The Return, Ekpedisi Gunung Nuang, Aktiviti Makan Durian, Kayuhan Felda, kayuhan Radio Amatur, XPDC Taman Negara, tawan puncak Kinabalu dan banyak lagi.
2.   Sebenarnya join pun sebab dekat putrajaya saja disamping nak uji basikal baru saya.Jenis MTB berjenama Specialized.
3.    Kayuhan Putrajaya ni adalah jarak 35 kilometer.Kategori ‘light’ dalam istilah kami adalah kayuhan santai dan bukan bersifat pertandingan.Kayuhan Onroad dan hanya sedikit Offroad.
4.     Seramai 3072 orang perserta menyertai kayuhan ini.Mencatat rekod baru dalam Malaysia Book Of Record.Pelbagai jenis basikal turut serta, pelbagai bangsa dan umur serta jantina, ada yang bawak baby lagi.
5.      Sebelum tu di Putrajaya ada Kayuhan Mega Hot FM, juga disertai lebih 1500++ rider.Satu fenomena baru rakyat Malaysia.Jadi dah terbukti bukan kami saja2 syok sendiri kayuh basikal.Jadi sesiapa yang teringin nak join silalah beli basikal, memang tak rugi disamping dapat exercise.

Pimp My Ride

Sesak semasa pendaftaran
Ntah ni kat check point yang ke berapa


Family riadah