Sunday, 26 February 2012

Kayuhan Putrajaya

1.     Ni aktiviti terbaru team GP1.Oppp…sebenarnya aktiviti terbaru yang disertai oleh saya untuk tahun ini huhuuhu..Ada banyak aktiviti  GP1 yang dibuat tak dapat join, antaranya Kenyir The Return, Ekpedisi Gunung Nuang, Aktiviti Makan Durian, Kayuhan Felda, kayuhan Radio Amatur, XPDC Taman Negara, tawan puncak Kinabalu dan banyak lagi.
2.   Sebenarnya join pun sebab dekat putrajaya saja disamping nak uji basikal baru saya.Jenis MTB berjenama Specialized.
3.    Kayuhan Putrajaya ni adalah jarak 35 kilometer.Kategori ‘light’ dalam istilah kami adalah kayuhan santai dan bukan bersifat pertandingan.Kayuhan Onroad dan hanya sedikit Offroad.
4.     Seramai 3072 orang perserta menyertai kayuhan ini.Mencatat rekod baru dalam Malaysia Book Of Record.Pelbagai jenis basikal turut serta, pelbagai bangsa dan umur serta jantina, ada yang bawak baby lagi.
5.      Sebelum tu di Putrajaya ada Kayuhan Mega Hot FM, juga disertai lebih 1500++ rider.Satu fenomena baru rakyat Malaysia.Jadi dah terbukti bukan kami saja2 syok sendiri kayuh basikal.Jadi sesiapa yang teringin nak join silalah beli basikal, memang tak rugi disamping dapat exercise.

Pimp My Ride

Sesak semasa pendaftaran
Ntah ni kat check point yang ke berapa


Family riadah