1. Sudah lama tak bercerita tentang aktiviti Outdoor.Kali ni nak bercerita tentang satu lagi aktiviti utama team adventure GP1.Selain memancing dan bercamping serta memanjat gunung, Group kami juga mengadakan aktiviti berbasikal Mountain Bike (MTB).
2. Aktiviti pertandingan berbasikal MTB digelar Jamboree.Bagi menyertai Jamboree adalah terbuka kepada semua orang tak kira tua muda, lelaki perempuan, warganegara atau pelancong dimana setiap perserta akan dikelaskan pertandingan mengikut kategori masing2 sama ada kategori terbuka, wanita, veteran atau kanak-kanak.Yuran penyertaan biasanya adalah sebanyak RM50 seorang.Track pertandingan adalah berbeza mengikut kawasan yang dianjurkan,dan anggaran kebiasaan jarak perjalanan track adalah antara 35-50km.Lagi mencabar track pertandingan lagi menarik.Ada pertandingan diajurkan pada sebelah malam digelar Jamboree Burung Hantu.
3. Sebenarnya sudah banyak group GP1 menyertai aktiviti ini, antaranya Jamboree UKM, Jamboree Burung Hantu Melaka, Jamboree Felda dan sebagainya tapi kebanyakannya adalah tidak berkesempatan untuk saya menyertai disebabkan kengkangan masa.
4. Kayuhan Kuale Jamboree saja yang berkesempatan saya sertai yang diadakan di Kuala Kangsar Perak.Dengan bayaran sebanyak Rm50 seorang dan cabaran track sejauh 45km, seramai 16 orang riders dari GP1 menyertai aktiviti sihat ini.Kami bertolak dan bermalam di sana dengan menyewa sebuah homestay.Bayaran homestay Cuma rm 150 sahaja dah boleh dapat sebuah rumah semi D setingkat, kat KL mana mau cari harga mcm ni.
5. Jamboree Kuale memang mendapat sambutan hangat dengan reputasi yang dibawa dari tahun lepas sebagai antara track yang terbaik.Tak hairan la ada banyak penaja dan disertai lebih 2300 orang riders dari serata Negara.
6. Tetapi malangnya bagi riders sekalian pada tahun ini penganjuran adalah yang paling teruk dalam sejarah sukan Jamboree.Rata2 peserta tidak berpuas hati dan kecewa dengan pihak pengajur kali ini.Antara kelemahan yang ketara adalah
i) Pelepasan mula yang agak kucar kacir dan merbahaya terutama semasa berhampiran istana.Banyak pelangaran belaku.
ii) Urusetia tak cukup kaki tangan untuk tunjuk arah simpang menyebabkan ada yang tersesat masuk kampong orang.
iii) Air dan makanan tidak mencukupi.Kering tekak beb.
iv) Stiker Check point tak cukup.
v) Pembahagian no giliran tak betul, riders chiken loop pun dapat nombor terawal.
vi) Keselamatan track, ada dikalangan perserta kena sengat tebuan, termasuk la seorang ahli GP1.Bantuan medic lambat sampai.
7. Tapi bagi raiders GP1, kelemahan tersebut diharungi juga walaupun perit dan tidak menjejaskan minat masing2 dalam sukan berbasikal ini.
GP1 Riders |
Pelepasan yang agak huru-hara |
Wahid Senario pun turut serta |
Yeayy..dah sampai..berjaya kayuh 40km |
![]() |
Hasil penat lelah |